ROSMADI OPTOMETRIST SDN BHD
Rosmadi Optometrist Sdn Bhd telah diasaskan oleh usahawan bumiputera, Tuan Haji Rosmadi b Nawi pada 1993. Pada peringkat awal penubuhan, ia beroperasi sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal. Pada Sep 1996 ia telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.
Operasi syarikat dikendalikan sepenuhnya oleh optometris lulusan UKM yang berkelayakan, berpengalaman dan berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Optik Malaysia (MOM).
TUJUAN UTAMA PENUBUHAN
Penubuhan Rosmadi Optometrist Sdn Bhd dan cawangan-cawangannya adalah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam perniagaan khususnya dalam perkhidmatan penglihatan mata. Klinik Optik ini mampu memberi perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkesan kerana ia dijalankan oleh optometris-optometris bumiputera yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang ini. Memandangkan Akta Optik 1991 telah diluluskan, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan optometri dalam bidang kesihatan mata telah meningkat.
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Menyediakan perkhidmatan klinik optometri
2. Memberi peluang pekerjaan kepada graduan lepasan universiti untuk menceburi profesion optometris
3. Meningkatkan taraf perkhidmatan rawatan mata yang lebih baik dan terjamin.
4. Menyedarkan mesyarakat tentang kepentingan rawatan mata dari mereka yang bertauliah.
MOTO SYARIKAT
LATAR BELAKANG PENGARAH URUSAN
Haji Rosmadi bin Nawi merupakan anak Melayu Jati Kelantan yang berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Optometri dari Universiti Kebangsaan Mslsysia (UKM). Beliau merupakan seorang optometris yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pernah dianugerahkan sebagai Usahawan Berdikari Kelantan dari Kerajaan Negeri Kelantan pada 07 September 2006.
Bagi meningkatkan keyakinan dan pengetahuan dalam perniagaan beliau juga turut menyertai Kursus-kursus Usahawan yang dianjurkan oleh pihak MARA, memandangkan pada masa dahulunya perniagaan ini dimonopoli oleh bukan bumiputera khususnya kaum cina.